Monday, May 24, 2010

Kisah Umar 'Asi

Palestina Enggan Tunduk

Kedengaran suara anak kecil Umar 'Asi melaung-laungkan suaranya: Siapa ada besi buruk, aluminium dan kerusi plastik rosak? Dia berjalan dengan menarik seekor himar yang membawa kereta sorongnya memasuki kampung-kampung dan bandar di Selatan Gaza.

Di salah satu jalan di Utara Bandar Khanyunus, Umar berhenti dengan kereta sorongnya melihat dengan kedua matanya kanak-kanak sebayanya bermain bola sepak. Umar menghentikan laungannya dan dia terus melihat kanak-kanak tersebut dan meminta salah seoarang dari mereka memberinya air untuk minum. Seterusnya Umar yang berumur 15 tahun meneruskan perjalanannya ke kampung Bani Suhaila salah satu perkampungan di kawasaan Timur Khanyunus.

Itulah satu-satunya jalan yang boleh di lakukan oleh Umar untuk membantu keluarganya setelah ayahnya kehilangan pekerjaan disebabkan sekatan ekonomi dan pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara keluarga. Umar berhenti sekolah ketika berumur 10 tahun dan bersama salah seorang kawannya mencari dan mengutip besi-besi buruk dan barang-barang terbuang yang lain.

Umar merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Adik-adiknya semua perempuan dan sedang belajar di sekolah rendah. Dia cuba menyara keluarga disamping pendapatan ayahnya yang tidak mencukupi hasil bekerja sebagai buruh binaan.

Dia bekerja sepanjang hari bermula pagi sehingga ketiadaan waktu baginya untuk bermain. Khususnya setelah dia memiliki kereta sorong semenjak setahun yang lepas. Dia juga tidak dapat menemui kawan-kawan sebayanya yang berulang-alik ke sekolah. Walaupun dia membantu keluarganya tetapi dia juga mahu bermain seperti kanak-kanak lain namun dia tidak mampu kerana tidak mahu kehilangan pendapatan pada hari tersebut.

Barang terbuang yang dikumpul oleh Umar akan dihantar terus ke kilang plastik atau dia akan mengasingkan logam-logam yang dikumpulnya dan diserahkan kepada individu yang akan menjualnya. Pendapatan hasil jualan tersebut tidaklah banyak. Jadi Umar perlu bekerja keras dan berterusan untuk memastikan pendapatannya sentiasa tetap.

Apa yang dilakukan oleh Umar tidaklah dikisahkan sangat oleh ayahnya tetapi ibunya amat sedih. Kalau boleh dia mahu Umar kembali ke sekolah supaya masa depannya lebih terjamin. Walaupun pekerjaannya sekarang dapat membantu keluarga tetapi masa depannya tidak akan terjamin.

Harapan Umar akan tiba masanya dia akan bebas dari kehidupannya sekarang. Dia dapat kembali ke sekolah, ayahnya dapat kembali kepada pekerjaan asalnya, dia dapat hidup seperti kanak-kanak sebayanya yang lain dan dia dapat membina kembali masa depannya. Dalam menunggu saat-saat itu, Umar terus bangun, terus melaung-laungkan suara: Siapa ada besi buruk, siapa ada kerusi plastik rosak dan suaranya telah menenggelamkan suara- kanak-kanak sebayanya yang sedang bermain.


sumber : insanonline

p/s: untuk mengetahui tentang bagaimana cara anda boleh turut serta dalam memberi bantuan kepada rakyat Palestin, sila lawati Aman Palestin

No comments:

Post a Comment