Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha


Buat semua warga KSET dan N6 khususnya, selamat melaksanakan ibadah korban di Aidil Adha yang mulia ini. Semoga amalan kita semua diredhai Allah. Dan buat warga KSET yang sedang melaksanakan ibadah Haji ditanah suci didoakan semoga beroleh Haji yang mabrur kerana itulah seafdal-afdal amalan seperti mana yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW melalui hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:

“Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”

Salam Aidil Adha buat semua dan berhati-hati selalu.


No comments:

Post a Comment