Friday, May 8, 2009

Projek Pengelektrikan Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar


Projek ini telah diusulkan pada tahun 2002 sebagai kesinambungan kepada Projek Pengelektrikan Landasan Berkembar Rawang-Ipoh. Pada awalnya projek ini telah dianugerahkan kepada dua konsortium. Untuk 329 km "Seksyen Utara" di antara Ipoh dan Padang Besar, telah diserahkan kepada konsortium yang diwakili Syarikat Pembinaan Landasan Keretapi (Ircon), DRB Hicom Berhad dan Emrail Sdn. Bhd. manakala "Seksyen Selatan" diantara Seremban dan Johor Bahru telah diserahkan kepada Konsortium yang diwakili oleh China Railway Engineering Corporation-China Railway Telecomunication Corporation (CRET), DRB Hicom Berhad dan Hikmat Asia Sdn. Bhd. 


Bagaimanapun, pada 21 October 2003, surat penganugerahan telah dikeluarkan kepada syarikat usahasama 50:50 diantara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad. Perubahan perlantikan kontraktor ini dibuat berdasarkan faktor penguncupan kos projek oleh Gamuda-MMC yang bernilai RM14.448bil, berbanding dengan lebih RM44bil dari dua kontraktor sebelum ini. Tetapi pada 17 Disember 2003, tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Baru Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menangguhkan projek ini.


Kerajaan mengkaji semula perlaksanaan projek ini  pada 2007 bila mana pada 16 Mac, Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa jawatankuasa kabinet berkenaan Perkhidmatan Awam telah memutuskan untuk mengkaji semula penangguhan Seksyen Utara projek landasan berkembar tersebut. Pada 6 Jun 2007, Gamuda Berhad mengumumkan kepada Bursa Malaysia telah menerima surat dari Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan Gamuda-MMC untuk melaksanakan projek Seksyen Utara dengan Initiatif Pembiayaan Persendirian atau PFI. 

Pada 14 Jun 2007, Gamuda Berhad mengumumkan bersama-sama MMC telah menerima surat penerimaan  (letter of acceptance) bertarikh 13 Disember 2007 dimana kerjaan Malaysia telah bersetuju dengan cadangan dari Gamuda-MMC JV untuk memikul tanggungjawab membina dan mereka bentuk Projek Pengelektrikan Landasan Berkembar dari Ipoh ke Padang Besar dengan pembayaran sekaligus sebanyak RM12.485 bilion. Rekabentuk dan kontrak pembinaan diantara syarikat usahasama dan kerajaan Malaysia dimetrai secara rasmi pada 25 July 2008. Menurut kenyataan dari syarikat usahasama, projek sedang berjalan mengikut perancangan dan akan siap sepenuhnya pada bulan Januari 2013.


No comments:

Post a Comment