Bukanlah sebenar-benar raya itu bagi yang memakai pakaian baru..tetapi sebenar-benar raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya terus bertambah
Bukanlah sebenar-benar raya itu bagi yang berhias-hias dengan pakaian dan kenderaan..tetapi sebenar-benar raya itu adalah bagi yang diampunkan dosa-dosanya
bukanlah sebenar-benar raya itu bagi yang memperolehi dinar juga dirham..tetapi sebenar-benar raya itu bagi yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun...
Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair ra dalam Kitab Fath Al-Bari :
“Apabila para sahabat Rasulullah saw bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
No comments:
Post a Comment